1. Tempahan hendaklah dibuat melalui Borang Pesanan yang disediakan sahaja.
2. Pengesahan berhubung pesanan akan dimuktamadkan melalui e-mail berhubung harga mengikut (kuantiti, jenis penghantaran & special request if any).
3. Persetujuan hendaklah dibuat dalam masa tiga (3) hari selepas sebutharga diberi. Sekiranya tiada sebarang respon, maka pesanan anda dianggap BATAL.
4. Bayaran melalui pemindahan wang hendaklah dilakukan dalam masa tiga (3) hari selepas persetujuan diperolehi. Sekiranya pihak kami tidak menerima sebarang bayaran, maka persetujuan tersebut dianggap BATAL. Sekiranya anda memerlukan lebih masa untuk membuat bayaran, sila maklum kepada pihak kami terlebih dahulu.
5. Setelah pemindahan wang dilakukan, sila maklumkan kepada pihak kami melalui e-mail. Pada masa ini, anda telah terikat dengan kontrak jual beli kami & tidak boleh membatalkan pesanan anda.
6. Penghantaran akan dibuat pada hari yang sama atau hari yang berikutnya bergantung kepada stok dalam tangan. Kami akan maklumkan kepada anda butiran penghantaran pesanan anda melalui e-mail.
7. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan & kehilangan yang berlaku semasa penghantaran.